Thursday, November 5, 2009

Report Card Menteri Dari Nazir Husin Lempoyang

Hari ini akan ada mesyuarat khas dengan Menteri-Menteri berkenaan KPI. Kalau setakat hari ini, Cikgu Najib sudah ada tersedia repot kad. Semua, selain Rais yang anak Yatim, dipinta datang dengan ibu bapa bertemu Cikgu Najib untuk mengambil kad repot. Berikut adalah komen-komen dalam kad repot masing-masing:

Khalid Nordin: Baik dan tertib dalam kelas. Tumpukan kepada tugas dalam pengajian tinggi dan bukan jadi kontraktor membina pengajian dalam negeri. Rekomen tukar kelas.

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.
Zahid Hamidi: Baiki bahasa Inggeris. Suka main-main. Kurangkan mengampu Cikgu.

Ong Tee Keat: Baik dalam pelajaran. Masaalah pergaulan. Kurangkan kelahi sesama sendiri.

Liow Tong Lai: Jauhkan diri dari bergaul dengan kumpulan yang masaalah bergaul. Sudah menunjukkan kecenderongan untuk kelahi.

Shahrizat Jalil: Tumpukan kerja dan kurangkan menarik perhatian. Isteri Dato Sahak lagi cantik.

Noh Omar: Baiki sebutan bahasa Inggeris. Sebut profesional bukan fofesyenal.

Nazri Aziz: Kurangkan bercakap-cakap dalam kelas. Rekomen tukar kelas.

Ismail Sabri: Terlalu pendiam. Penglibatan dalam darjah kurang menonjol. Rekomen tukar kelas.

Rais Yatim: Sangat baik dalam mata pelajaran bahsa dan sastera. Perlu perbaiki matapelajaran sains.

S Subramaniam: Baik dalam pelajaran dan pengetahuan. Tingkatkan ko korrikulum dan jawatan dalam persatuan. Sedang dipertimbangkan tukar kelas.

Shabery Cheek: Prestasi baik tetapi sedang dipertimbangkan untuk tukar kelas untuk beri laluan Menteri muda.

Koh Tsu Koon: Tingkatkan prestasi. Tidak cukup dengan markah kasihan sahaja.

Nor Mohamad Yakcop: Ulangan peringatan supaya hentikan pembaziran dan berbe.lanja sesuka hati. Sepatutnya ditukar kelas.

No comments:

Post a Comment

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER