Thursday, May 9, 2013

Selepas GE-13

Selama tempoh berkempen GE-13 lalu, saya tidak pernah posting apa-apa. Saya melihat ia tidak perlu kerana lebih ramai otai pemblog yang lebih arif tentang politiking. Dan lebih jitu data-data yang diberi. Saya memahami politik. Keluarga saya sudah berpoliti sejak zaman USNO di Sabah. Saya mula terlibat secara rasmi dalam kancah politik selaku  Penaja Umno Sabah  bila ia mula di bawah masuk ke Sabah sebagai "counter-back" apabila Parti Bersatu Sabah menikam BN dari belakang era 80an dulu.

Saya melihat macam-macam. 

Bagaimanapun hari ini saya, selepas melihat keputusan GE-13 hati saya seperti belah seribu. Saya cuba untuk mengerti politik untuk memenangi pilihanraya tapi not to the extend of  dividing and polirising  our people.

Mulai sekarang, tidak mungkin lagi ada keikhlasan dari mana-mana parti politik yang berkerjasama kerana masing-masing tidak akan dapat mempercayai secara total.

Mulai hari ini ~ rakyat berbilang bangsa negara tercinta ini akan memandang bangsa lain secara sinis. Masing-masing ada pendapat sendiri. Mengapa. 

Demokrasi telah dimainkan secara maksima ~ tapi adakah ianya menguntungkan kita?

Sendirian, airmata saya jatuh. Saya sayang semua bangsa "Malaysia" tapi saya pesimis ia akan wujud lagi selepas ini. Masing-masing telah "terluka" begitu dalam ~ terutama hati Melayu(Bumiputera) yang telah dipermainkan.

Umpama cinta, memaafkan boleh namun melupakannya tentu mustahil.

Sunday, May 5, 2013

Saya Dah Mengundi... Anda Bagaimana?

Kind of sexy.... hmmm I meant my finger..lols....
Vote For Stability Vote For BN





Inshaallah.
A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER