Sunday, February 14, 2010

Untung Jadi PolSec Si Polan


Sdra BigDog,

Ikut sebutan ramai, Pol Sec itu adalah Hasbi Sattar, yg memang bekerja untuk Nor Mohd Yakop, Menteri yg jaga EPU.

Memang kena soalan sdra : jika Pol Sec terlibat aktiviti yg mncurigakan takkan Boss dia tak tahu? Saya dengar Perdana Menteri telah tegur Tan Sri Nor Mohd Yakop untuk lebih careful dgn kakitangannya. Tapi saya rasa itu tidak cukup. Pasti isu ini akan juga memalukan PM. Akhir sekali nama PM juga yg akan tercemar.

Berapa kali lagi nak bodohkan kita? Dulu pun Norza yang kena rasuah itu ialah pol sec Nor Mohd Yakob. Berani kah pol sec rasuah kalau boss dia tahu? Tapi boss dia tak tahu ke? Tak nampak ke pol sec dia bawa kereta mewah? Kalau pol sec rasuah boss dia suci murni ke? Saya tidak hairan langsung mendengar bahawa setiausaha politik yang ditangkap itu bekerja untuk Nor Mohd Yakob, Menteri EPU sekarang dan dulu Menteri Kewangan No. 2.

Dulu Abdullah Badawi dan Khairy amat gembira mendapat seorang Finance Minister 2 Nor Mohd Yakob yang begitu seronok mengikut semua perintah mereka. Tapi apa yang Khairy tidak sedar (dan juga Najib sekarang) ialah Nor Yakob bukan “Yes Man” begitu saja. Dia lagi pandai daripada Khairy, Abdullah dan Najib. Nor Yakob mempunyai pengalaman lama main duit besar.

Dulu dia lebih sedar Abdullah pun crook juga. Apa saja yang Khairy atau Abdullah hendak dilakukan, Nor Yakob rela buat. Untuk pastikan Nor Yakop akan ikut segala perintah, Khairy pula melantik sec pol Nor Yakob pada masa itu. Nor Yakub peduli apa.

Sewaktu di Bank Negara dia telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Tapi ramai orang tidak tahu bahawa pada masa yang sama, jaringan money changer dan Forex trader tertentu juga dapat untung. Ini boleh dikira perbuatan salah dan pecah amanah.

Bila dia jadi kroni Anwar pula di syarikat pelaburan dana Abrar Asset Management, Nor Yakub mengarahkan Abrar Asset menggunakan duit pelabur am untuk menyokong harga saham Mun Loong Bhd di mana Nor Yakub adalah pemegang sahamnya juga. Ini adalah satu lagi kes pecah amanah yang amat serius. Semua orang tahu perkara ini tapi tiada tindakan diambil. Akhir sekali Mun Loong dan Abrar Asset Mgmt keduanya bankrap. Sekarang dilantik menjadi Menteri lagi. Kroni tertentu, ahli keluarga dan setiausaha politik semua menjadi kaya. Macam sdr sebut seorang anak lelaki Nor Yakub memandu kereta Itali Lamborgini atau Ferrari.

Kononnya terlibat dalam bisness dengan taukeh China.

Tetapi yang pelik sekali apakah sebabnya Dato Najib sanggup melantik orang sebegini menjadi Menteri dan juga diberi tempat menjadi Wakil Rakyat? Sekarang sudah dua sec polnya sabit dgn rasuah. Malu bukan sebab rasuah saja. Malu sebab orang yg kontroversi dilantik lagi jadi Menteri. Dulu PM kita tertidur selalu. PM kita sekarang bagaimana?

Jayn: Selagi DS PM Najib tidak berani membersihkan kabinetnya yang terlihat tercemar dan berbau sisa-sisa kerajaan yang lalu, selama itulah keyakinan terhadap ketegasan kepimpinannya diragui. Dia perlu terlihat sebagai seorang yang berani, ada backbone, "bertelur" dan digeruni oleh kawan dan lawan. Jika tidak, apapun tindakan, arahan beliau akan diperlekeh, terutama oleh golongan anti establishment.


Thursday, February 4, 2010

"Can I F--k You Today"

Alamak..........damage control macam mana nak buat.....

Perbicaraan hari pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, semalam mendedahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, berhenti kerja kerana tidak mahu diliwat lagi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Sebagai sukarelawan sekitar 1 Mac 2008 dengan tugas antaranya mengatur jadual ceramah pilihan raya sebelum dilantik pembantu peribadi pada akhir April.


Dibayar gaji RM1,000 dan elaun AS$1,000 (RM3,400) serta 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) bergantung kepada perjalanan ke luar negara.


Sumber Utusan.


Mahal juga elaun Saiful Bukhari semasa bekerja dengan Anwar Ibrahim walaupun dia tidak mempunyai kelayakan terutamanya ijazah. Kerjanya bukan sahaja menjalankan urusan di luar negara bahkan menjadi agen untuk menarik YB Parlimen BN untuk lompat parti bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan 16 September.


Persoalannya, kenapa gaji Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanya dibayar RM1 sahaja?


Monday, December 7, 2009

Indonesia Snippets (1-7 December 2009)

  • Kasus "bailout" kerajaan terhadap PT Century Bank Indonesia berjumlah lebih RP2.77 trillion bukan sahaja menjadi topik paling hangat di media-media utama Indonesia sepanjang minggu lalu, malahan mendorong para demonstrartor turun ke jalanan untuk menuntut supaya kasus ini disiasat dan diambil tindakan segera. (Seperti biasa bila ada demo, maka bertambah sesak @ macet di jalanan)
  • Kes bunuh diri berganda di kompleks membeli-belah mega Jakarta iaitu di Grand Indonesia dan Senayan City (dalam masa yang sama) juga menjadi topik perbualan dan mengundang penafsiran yang berbeza. Berikutan dengan itu timbul kebimbangan tentang jumlah kes bunuh diri di negara tersebut yang mencecah lebih 300 kes setahun.
  • Seperti biasa, Indonesia, terutama Bandung menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Tujuan? Membeli-belah.
  • Tourist guide @ pemandu yang saya temui kebanyakannya memuji kemakmuran negara Malaysia. Saya pula memuji kerajinan dan daya kreativiti rakyat Indonesia.
  • Kebanyakan mereka mengeluh dengan korupsi yang berleluasa di kalangan pemerintah @ pejabat dan agihan pembangunan yang tidak "merata".

Tuesday, December 1, 2009

Music Interlude













Jayn : Will be out of town for awhile..

Monday, November 30, 2009

UMNO

UMNO

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W. (from kluangman blogspot)

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.

Friday, November 27, 2009

Salam Aidul Adha



bekorban apa saja
harta atau nyawa
itulah kaseh mesra
sejati dan mulia

kepentingan sendiri
tidak diingini
bahgia kekasih
saja yang diharapi

untuk menjadi bukti
kaseh yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji
A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER