Saturday, November 14, 2009

Bajet Sabah 2010

" Kesejahteraan dan Kemakmuran yang Berkesan "

YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

Kota Kinabalu - 13 November 2009. Ucapan bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewanagan Sabah di Persidangan Dun pada hari ini.

Strategi Bajet:-

Berpaksikan Lima Teras Misi Nasional iaitu :-
1. Memberi fokus kepada meningkatkan ekonomi rantaian nilai lebih tinggi
2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas per-1
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi secara membina & produktif
4. Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup dan
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Strategi Pencapaian Bajet Dicadangkan :-

  1. Memperkukuhkan kewangan negeri
  2. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian sektor awam, memperkukuhkan tadbir urus dan meningkatkan produktiviti
  3. Memantapkan dan memperluaskan pembangunan dan penyediaan infrastruktur dan komunikasi serta kemudahan-kemudahan awam lain ke arah merangsang perkembangan ekonomi dan sosial
  4. Memesatkan pembangunan modal insan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan serta penyertaan dalam ekonomi moden dan meningkatkan daya saing
  5. Merancakkan program pembangunan luar bandar bagi menjamin kualiti dan taraf hidup serta membasmi kemiskinan, dan
  6. Mengemaskini program sosial dan sosio-ekonomi untuk membantu golongan kurang bernasib baik
  • Perbelanjaan perbekalan 2010 - RM3,304.38 juta
  • Perbelanjaan pembangunan 2010 - RM1,1040.48 juta
  • Cukai jualan di bawah kategori Hasil Cukai kekal sebagai sumber hasil utama negeri
  • Royalti minyak penyumbang kedua - dianggarkan RM724.56 juta pada 2010(Petronas)
  • Hasil perhutanan dianggarkan kurang daripa RM100.00 juta pada tahun 2010
  • Anggaran Hasil negeri pada 2010 berjumlah RM3,127.65 juta
  • Imbangan dagangan negeri 2008 meningkat sebanyak 133 % - RM18.1 billion
  • 70 % pelancong yang melawat Sabah adalah pelancong domestik
  • Kadar pengangguran berkurang kepada 4.9% pada 2008 berbanding 5.5% pada 2007
Sesi perbahasan bajet 2010 akan disambung pada 16 November 2009.

Jayn: Jika ada input yang menarik sila berikan untuk dikemukakan. Adalah caranya.

1 comment:

  1. Sejauhmana keberkesanan pakej rangsangan ekonomi 1 dan 2 kepada negeri sabah khususnya, terutama sekali kepada penduduk luar bandar...Feedback dialu-alukan.

    ReplyDelete

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER