Monday, November 9, 2009

Perempuan Juga Jadi Taruhan


(BAKAL JANDA SIAPA)

Despicable Me . Kerana aku juga seorang perempuan. Yang nasibnya boleh dipolitikkan sesuka hati oleh mereka yang mengangkat diri mereka sebagai golongan paling alim, paling Islam di Malaysia. Selama ini aku amat berlapang dada kerana mengingatkan harga diri seorang perempuan @ isteri, akhirnya dimartabatkan Allah, dalam Islam. Ya, perempuan itu sungguh berharga, justeru itu boleh dijadikan jerat. PAS tahu hakikat itu. Dan dengan liciknya mempergunakan perempuan @ isteri untuk mengikat kesetia-paksaan ahlinya.

Sumpah Politik Pas = Jatuh Talak Tiga Ke Atas Isteri Jika Lompat Parti.

Adakah para alim (unan) ini tidak menyedari implikasi keserakahan mereka ini ke atas golongan wanita @ isteri? Jika para suami mereka tidak lagi "cinta" pada PAS maka dengan sendirinya menjandalah mereka. Atas dosa apa? Bagaimana kebajikan mereka? Nasib anak-anak mereka?

PAS meruntuhkan institusi kekeluargaan. Adakah ini islamik?


Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan.


Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut.

Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri.

Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik.

2 comments:

  1. Bai'ah akan datang = Jadi kafir @ murtad jika lompat parti
    (Tapi ini taklah best sangat. Berapa ramai yang dah jadi kafir oleh pas. Ahli UMNO saja berapa juta? Semua itu sudah dikafirkan oleh pas)

    ReplyDelete
  2. Kalau salah Pas tu 40 tahun dibangkitkan.Yang UMNO tu baik belaka.Melayu mudah lupa

    ReplyDelete

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER