Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Bubar! Dun Sabah Bubar!

(DUN Sabah akan diumum bubar jam 3PM hari ini juga)

Bukan teka-teki lagi. Hari ini Rabu, 03/04/2013 tepat 11.30 pagi langsung dari Putrajaya, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan Pilihanraya Umum ke-13 diadakan. Sememangnya pembubaran hari ini sudah dijangka memandangkan hari ini genap 4 tahun DS mengangambialih jawatan PM daripada Pak Lah. Juga berdasarkan surat wajib hadir dan pakai lounge suit kepada semua menteri kabinet. Menerusi pengumuman ini nanti Suruhanjaya Pilihanraya ada jangka waktu 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi.

parlimens513
PRU -13 Parlimen bubar 03/04/2013

Jam 11.30am ~ PM umum bubar!
Dalam ucapan selama 15 minit itu Najib antara lain nasihat kerajaan-kerajaan negeri,kecuali Sarawak, membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing agar pilihanraya negeri boleh diadakan serentak dengan Parlimen.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat tidak kira mendokong mana parti sekalipun memastikan pilihanraya umum ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Perdana Menteri juga memberi jaminan sebarang peralihan kuasa baik pusat atau negeri hasil pilihanraya ini akan dibuat secara lancar.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
Komposisi di Dewan Rakyat sekarang  BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Undilah BN.

No comments:

Post a Comment

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER