Tuesday, April 2, 2013

Lim VS Mahathir

 Hahahahahahaha. Saya dah kata dah. Kit Siang memang sensitif bila terkena dengan Tun M. Terkini dia cabar pula Tun M bertanding dengannya di Gelang Patah. Deiiii...kalau ya pun kenapa nak bertanding di kawasan majoriti pengundi cina? Kita tahulah konon-kononnya kaum ni sedang nak buat revolution...Kalau benar2 jantan, carilah kawasan yang 50-50 hehehe. Itu satu hal, yang paling utama, Tun M kan dah sedekad pencen...dia sekarang kempen atas kapasiti sebagai ahli biasa jerrr... Apa boleh buat lah kalau dia still can pull the crowds.
 
Mahathir Mohamad
Heehehehehe.. Lu dah kepanasankah Kit?
 
Yang paling lucu, bila kit siang tak tertahan nak kata "memandangkan dia masih berkuasa di belakang tabir". Hey apek! baru kelmarin main politikkah? apa cerita berkorban tinggalkan Ipoh Timur yang sudah 101% lu boleh menang? Gelang Patah pun lu boleh menang maaa...ubdi cina 53% kat sana? Apasal lu tak tanding Segambut? pasal only 47-48% chinese voters kah?



 Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.
“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ ... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

“Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

“Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?” soal Kit Siang dalam ucapannya.
 
Political scenario di Johor pasti menarik pada PRU-13 ini. Hanya unity among the Malays yang dapat menghalang Dinasti Lim ini dari menguasai tanah tumpah darah UMNO!

No comments:

Post a Comment

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER