Sunday, April 7, 2013

Tak Kenal Maka Tak Nampak Buruk




Selepas 15 tahun menyimpan rahsia, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui menyimpan surat Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dihantar kepadanya.

Bagaimanapun Dr Mahathir enggan mendedahkan isi kandungan surat setebal 18 muka surat itu.

Menurutnya ia terlalu peribadi untuk didedahkan dan beliau juga tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.

Saturday, April 6, 2013

Et Tu, Brute? Conversation With Anwar Die-Hard In Sabah

 “Et tu, Brute?”
Apa lagi akal aku nal liwat rakyat ya
"But if u follow the press statements"
"Its so blur"
"but basically dsai has made his decision about a mth ago"
"My...we  tried to persuade"
"Dsai told me"
"Choose any dun seat"
"Ansari should remain in sabah"
"Because he and tan sri ibrahim are the only two strong muslim leaders"
"Who can become chief minister" ~ Punya power ayat dia ni!
"Yes.. Kacang lupakan kulit"
"I met dsai"
"I told him"
"Pls talk personally to my him"
"Dsai must keep his promise" ~ Ramai dia janji ooooo
"Tapi (blank) if kita lah kan"
"We know someone bertahun tahun"
"Sacrifice everything"
"Money, time,  missionaries"
"Neglect his own business"
"Sampai kuat kawasan"
"U think u can deny someone their seat?"
" Dsai I think terlampau mau menang"
"dia cuma nampak things on the face of it"
"Self centred prick" ~ Hahahahahahaha, akhirnya dia sedar
"Gila mau menang" ~ Puterajaya Puterajaya Puterajaya
"Anwar tua sudah.. His convictions berubah at times" ~ Nafsu ndak pandai tua hehehehe



Haji Ansari Abdullah
"He and his team feel used and betrayed"
"I just saw his face over the last 3 days ~ It broke my heart"
"To see my him  like that"
"He sacrificed everything"



“To me, the thing that is worse than death is betrayal. You see, I could conceive death, but I could not conceive betrayal.”
― Malcolm X

Mereka marah.
Mereka sedih.
Mereka rasa dikhianati oleh Individu Bernama Anwar Ibrahim. Maklumat lanjut boleh baca dalam FMT Mutiny In Sabah PKR .

Mereka itu, terutama group bekas Pengerusi PKR Sabah merangkap Ketua Cabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah.

http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/08/lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah-300x200.jpg

Kegembiraan di atas kejayaan  Anwar "membeli" Raja2 Katak Sabah tidak berpanjangan. Gelombang yang dibawa oleh Lajim dan Bumburing ini rupanya tidak seperti yang diharap-harapkan. Anwar dah salah baca atau mungkin juga terlalu desperate. Akhirnya, menjelang PRU 13 ~ senjata yang selama ini diharapkan dapat menikam BN dari depan belakang akhirnya makan tuan.

There is a high possibility that the group of seven will rebel by leaving the party and contest as independents if they are not chosen as candidates, the APS source claimed.

Et tu, brute (Anwar)? 

"Our hope in Allah never die“
"Although we are angry with dsai"
"He forces my him to do this"
"There is a limit to a persons loyalty"
"Jgn pijak kepala"
"Kalau group my him mengamuk"
"Pakatan akan kalah di sabah"
" If they kacau Dsai better be smart"
"Bn akan tabur duit macam tabur baja" ~ wah wah wah
"Drg ingat senang lawan duit dan jentera bn???" ~ kikikikiki
"Gila"
"Kapus kapus oh"
"Di sabah lagi"

 My comments in blue.

Hmmmm... what a pity. But what can we say? Itulah anwar yang kamu idolised dulu.  It was a mistake," you said. But the cruel thing was, it felt like the mistake was yours,  for trusting him.”

It cut deep when betrayed but it cut deepest when betrayed by a friend you trust.

“It is easier to forgive an enemy than to forgive a friend.”
― William Blake

Anwar Ibrahim, bertaubatlah ~ Karpal Singh.

Pergolakan PKR dan Pakatan Rakyat Sabah

Inilah akibatnya bahana Janji Manis Mu! Sanggup janji apa sahaja demi menarik seberapa ramai mungkin bersekongkol dalam PR dan merosakkan BN. Tapi bagaimana Anwar dapat memuaskan semua pihak/individu?

Status FB kawan saya (daughter of Ansari) : Why I feel So Sad? Saya tak "like" atau "comment" pada status beliau kerana saya tahu kenapa dia rasa begitu dan tidak mahu menambah kesedihannya. Walaupun kami berlainan kecenderungan dalam politik, namun dalam kehidupan seharian kami tetap kawan dan respek kepada anutan politik masing-masing.

Konon-konon, pada mulanya telah dimuktamadkan kerusi (Tuaran) Adun (Bumburing) dan Parlimen (Ansari) tetapi now bumburing demand pula kerusi Parlimen....yang buat mereka (Ansari groups) marah sekarang ni kerana nampaknya Anwar lebih favour Bumburing.

Tetapi yang pelik dan ajaib, dorang ni kutuk gila babi si Bumburing...bukan Anwar. Sepatutnya Anwar yang patut mereka TIBAI...

Fanatiknya mereka kepada Anwar ini menyebabkan otak pun jadi lintang-pukang. Agaknya betullah apa my friend cakap. Mungkin Anwar ini kuat "ilmu"nya ~ dia buat apapun orang lain juga yang salah!

Friday, April 5, 2013

Anwar Perbodohkan Rakyat

Ini belum masuk watak baru : Pelakon Liwat Terbaik!
Sememangnya Anuwar seorang hypocrite tegar.


Modal Pilihan Raya Membedal Pembangkang

Boleh guna modal PRU 13 oleh GAP di sini  dan sini

Thursday, April 4, 2013

Relakah Kamu Dihina Begini?

Whatever your opinion of Najib Razak personally, his office nonetheless has the mandate of the rakyat. In the same vein of Guan Eng’s argument, Najib as the office holder represents all of us who are Malaysians.

The DAP supporters, though, are unable to even bring themselves to properly mention our Prime Minister by the name that his parents gave him. Instead, every time they refer to Najib, they will spit out the word “naj**” – the nickname that they choose to call him.

Remember What Guan Eng Says? : “On a personal level, Lim Guan Eng can forgive you but as the chief minister, he will not forgive the Penang Club. You can take liberties with Lim Guan Eng because I am an ordinary citizen but when you take liberties with the post of the chief minister, I have the right to defend my office, because my office has the mandate of the people of Penang and I represent them.”
(‘Penang CM: Don’t take liberties with my post’,
Malaysiakini, 25 March 2013


Kit Siang Guiness Book Of Record

Helen Ang ni adalah salah seorang blogger yang saya suka gaya penulisannya. Orangnya terus-terang, direct dan a bit garang also lah. Kalau pemimpin pembangkang, Guan Eng dan Papa Hebat Guan lah yang selalu kena. Pasal itulah Helen jadi sasaran cybertrooper Komtar. Post terbaru Helen memang berperisalah.  It's so humorous, tantalizing, and super hot. The hottie's is none other than the supreme leader of Daddy Anak Party (DAP). Anda boleh baca sendirilah ya kat link di bawah.


Surely, no one can beats Uncle Kit on this. Not even rival no.1: The Fears Of Kit Siang

HAHAHAHAHAHAHA spot on Helen!

Ayoyoyo..bila mahu kasi chance orang muda naik jadi pemimpin weiii? orang muda akal tidak licik ma? Ini sindrom ada sama UMNO juga looooo... yang dah tua tapi terasa muda tu bagilah laluan kepada pemimpin pelapis ya. Relakan hati. Jadilah mentor yang baik kepada mereka.

Barulah jelas misi Demi Agama, Bangsa (Malaysia) dan Negara.

Undi BN untuk kestabilan Malaysia. Say no to provocation in politics!

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Bubar! Dun Sabah Bubar!

(DUN Sabah akan diumum bubar jam 3PM hari ini juga)

Bukan teka-teki lagi. Hari ini Rabu, 03/04/2013 tepat 11.30 pagi langsung dari Putrajaya, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan Pilihanraya Umum ke-13 diadakan. Sememangnya pembubaran hari ini sudah dijangka memandangkan hari ini genap 4 tahun DS mengangambialih jawatan PM daripada Pak Lah. Juga berdasarkan surat wajib hadir dan pakai lounge suit kepada semua menteri kabinet. Menerusi pengumuman ini nanti Suruhanjaya Pilihanraya ada jangka waktu 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi.

parlimens513
PRU -13 Parlimen bubar 03/04/2013

Jam 11.30am ~ PM umum bubar!
Dalam ucapan selama 15 minit itu Najib antara lain nasihat kerajaan-kerajaan negeri,kecuali Sarawak, membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing agar pilihanraya negeri boleh diadakan serentak dengan Parlimen.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat tidak kira mendokong mana parti sekalipun memastikan pilihanraya umum ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Perdana Menteri juga memberi jaminan sebarang peralihan kuasa baik pusat atau negeri hasil pilihanraya ini akan dibuat secara lancar.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan. Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
Komposisi di Dewan Rakyat sekarang  BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Undilah BN.

Tuesday, April 2, 2013

Lim VS Mahathir

 Hahahahahahaha. Saya dah kata dah. Kit Siang memang sensitif bila terkena dengan Tun M. Terkini dia cabar pula Tun M bertanding dengannya di Gelang Patah. Deiiii...kalau ya pun kenapa nak bertanding di kawasan majoriti pengundi cina? Kita tahulah konon-kononnya kaum ni sedang nak buat revolution...Kalau benar2 jantan, carilah kawasan yang 50-50 hehehe. Itu satu hal, yang paling utama, Tun M kan dah sedekad pencen...dia sekarang kempen atas kapasiti sebagai ahli biasa jerrr... Apa boleh buat lah kalau dia still can pull the crowds.
 
Mahathir Mohamad
Heehehehehe.. Lu dah kepanasankah Kit?
 
Yang paling lucu, bila kit siang tak tertahan nak kata "memandangkan dia masih berkuasa di belakang tabir". Hey apek! baru kelmarin main politikkah? apa cerita berkorban tinggalkan Ipoh Timur yang sudah 101% lu boleh menang? Gelang Patah pun lu boleh menang maaa...ubdi cina 53% kat sana? Apasal lu tak tanding Segambut? pasal only 47-48% chinese voters kah?



 Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.
“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ ... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

“Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

“Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?” soal Kit Siang dalam ucapannya.
 
Political scenario di Johor pasti menarik pada PRU-13 ini. Hanya unity among the Malays yang dapat menghalang Dinasti Lim ini dari menguasai tanah tumpah darah UMNO!

Monday, April 1, 2013

Double Standard Dalam PKR (Lancap Vs Liwat)

Hahahahahha..sorry la..
I cuba bertahan untuk tidak post benda-benda lucah melampau dalam blog ini tapi yang ini betul-betul pecah perut punya lucu lah brader! Hahahahahahaha

Apakah melancap dalam pejabat satu kesalahan lebih besar dari meliwat dan main china doll?

Aduh..aduh..aduh duh duh duh duh duh...
Terlebih sudah.


Inilah yang dikatakan selective prosecution. Apa yang you heran? PKR tu sapa punya? Anu nya anugerah tu above the law lah brader.

Tak tahu nak kata apa da...

Tun M : PRU 13 Masa Terbaik Tamatkan Karier Veteran Politik Pembangkang

Seperti biasa susuk tubuh ex-PM ke-4 Malaysia ini masih ada attraction lagi. Masih ramai peminat dan pemuja beliau. Yang bencipun ramai tapi benci tapi rindu. Ada juga yang taksub. Bukan di Malaysia saja tau..di seluruh dunia terutama negara-negara Islam seperti Bosnia, nama Tun M harum sewangi haruman forever love victoria secret's....hehehehe. Masih ramai yang menganggap our Tun M ni masih relevant. Idea's masih boleh pakai. Kerajaan Yemen cotohnya telah melantik Tun M sebagai penasihat ekonomi bagi negara tersebut. Budak-budak pakatan tahu kah hal ini? atau sekadar melalak melolong ikut apa pemimpin depa cakap....

Semalam Tun M bertandang ke Johor. Alhamdulillah, orang lebih ramai dari kerusi. Ni I cedok dari utusan. Jom ramai2 berbangga membacanya.

TUN Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan kira-kira 14,000 penduduk pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
KIRA-KIRA 14,000 penduduk mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 1 April – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.
Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.
“Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.
“Kit Siang pula sibuk mahu orang ‘change’, Barisan Nasional dah berapa kali ‘change’ dah… dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.
“Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula,” katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya ‘bersatu di permukaan’ walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.
Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.
“Bila mereka (pembangkang) menang… Kalau mereka menanglah… Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah… Dan tahu akan kalah… mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.
“Dia (Anwar) memang ‘expert’ kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan,” katanya.
Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. – UTUSAN
A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER