Thursday, March 28, 2013

Misteri PRU 13

Saat dan detik ini, mungkin 20 juta rakyat Malaysia sedang bercakap pasal PRU 13. Even budak-budak sekolah rendahpun pasti sudah bosan mendengar perkataan itu asyik dibebel mak bapa. Lebih-lebih kalau ibubapa ahli politik. Semua media massa juga trending PRU-13. Sama popularitinya dengan pencerobohan pengganas Sultan mengaku sendiri Kiram 111.

Hari ini, 28 Mac 2013 terbubar sendirilah DUN Negeri Sembilan. Dan SPR kata dalam 60 hari mesti adakan Pilihan Raya untuk mendapatkan mandat baru. Dan SPR mahukan pilihanraya serentak dengan Parlimen untuk minimise masalah logistik. Betullah tu.

Punya ramai meroyan memaki hamun PM. Macam-macam celaan dilemparkan. Cendikiawaan pun ramai berikan pandangan mereka yang begitu-begini. Seperti biasa, wartawanpun berkejar cari bekas PM sebelum Pak Lah untuk tanya pendapat beliau. Hehehehehe...mesti depa yakin Tun M ada jawapannya. Keciwa juga kerana dengan bersahaja Tun kata dia pun tak tahu. No idea. Tambahnya kalau dia PM, tahun lalu lagi dia dah bubar Parlimen. Hehehehehehe..terkena....terkena. Comel lah Tun ni!

Seperti orang lain, saya juga terikut-ikut meramal. Yakin kerana ada angin yang bertiup. Cuba baca  sini dan sini juga.  Hahahahahaha.. PM nakal. Bukan saya saja yang kena checkmate..even Umno-Umno big gun pun ada tilik macam saya lah.....

BTW, persoalannya kenapa lambat sangat? momentum sekarang sedang naik? semangat rakyat atas pagar pun lebih ke arah mengundi lambang dacing?

Ada yang tilik lagi ~ mungkin parti komponen BN yang lain belum ready. Masih berebut nak jadi calun?

Akhir sekali, saya amat berharap agar semua ahli-ahli parti (BN) dapat bermuafakat sebaik mungkin, berkorban dulu demi parti dan terus berjuang demi Malaysia.

Lawan Tetap Lawan.

No comments:

Post a Comment

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER