Sunday, February 14, 2010

Untung Jadi PolSec Si Polan


Sdra BigDog,

Ikut sebutan ramai, Pol Sec itu adalah Hasbi Sattar, yg memang bekerja untuk Nor Mohd Yakop, Menteri yg jaga EPU.

Memang kena soalan sdra : jika Pol Sec terlibat aktiviti yg mncurigakan takkan Boss dia tak tahu? Saya dengar Perdana Menteri telah tegur Tan Sri Nor Mohd Yakop untuk lebih careful dgn kakitangannya. Tapi saya rasa itu tidak cukup. Pasti isu ini akan juga memalukan PM. Akhir sekali nama PM juga yg akan tercemar.

Berapa kali lagi nak bodohkan kita? Dulu pun Norza yang kena rasuah itu ialah pol sec Nor Mohd Yakob. Berani kah pol sec rasuah kalau boss dia tahu? Tapi boss dia tak tahu ke? Tak nampak ke pol sec dia bawa kereta mewah? Kalau pol sec rasuah boss dia suci murni ke? Saya tidak hairan langsung mendengar bahawa setiausaha politik yang ditangkap itu bekerja untuk Nor Mohd Yakob, Menteri EPU sekarang dan dulu Menteri Kewangan No. 2.

Dulu Abdullah Badawi dan Khairy amat gembira mendapat seorang Finance Minister 2 Nor Mohd Yakob yang begitu seronok mengikut semua perintah mereka. Tapi apa yang Khairy tidak sedar (dan juga Najib sekarang) ialah Nor Yakob bukan “Yes Man” begitu saja. Dia lagi pandai daripada Khairy, Abdullah dan Najib. Nor Yakob mempunyai pengalaman lama main duit besar.

Dulu dia lebih sedar Abdullah pun crook juga. Apa saja yang Khairy atau Abdullah hendak dilakukan, Nor Yakob rela buat. Untuk pastikan Nor Yakop akan ikut segala perintah, Khairy pula melantik sec pol Nor Yakob pada masa itu. Nor Yakub peduli apa.

Sewaktu di Bank Negara dia telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Tapi ramai orang tidak tahu bahawa pada masa yang sama, jaringan money changer dan Forex trader tertentu juga dapat untung. Ini boleh dikira perbuatan salah dan pecah amanah.

Bila dia jadi kroni Anwar pula di syarikat pelaburan dana Abrar Asset Management, Nor Yakub mengarahkan Abrar Asset menggunakan duit pelabur am untuk menyokong harga saham Mun Loong Bhd di mana Nor Yakub adalah pemegang sahamnya juga. Ini adalah satu lagi kes pecah amanah yang amat serius. Semua orang tahu perkara ini tapi tiada tindakan diambil. Akhir sekali Mun Loong dan Abrar Asset Mgmt keduanya bankrap. Sekarang dilantik menjadi Menteri lagi. Kroni tertentu, ahli keluarga dan setiausaha politik semua menjadi kaya. Macam sdr sebut seorang anak lelaki Nor Yakub memandu kereta Itali Lamborgini atau Ferrari.

Kononnya terlibat dalam bisness dengan taukeh China.

Tetapi yang pelik sekali apakah sebabnya Dato Najib sanggup melantik orang sebegini menjadi Menteri dan juga diberi tempat menjadi Wakil Rakyat? Sekarang sudah dua sec polnya sabit dgn rasuah. Malu bukan sebab rasuah saja. Malu sebab orang yg kontroversi dilantik lagi jadi Menteri. Dulu PM kita tertidur selalu. PM kita sekarang bagaimana?

Jayn: Selagi DS PM Najib tidak berani membersihkan kabinetnya yang terlihat tercemar dan berbau sisa-sisa kerajaan yang lalu, selama itulah keyakinan terhadap ketegasan kepimpinannya diragui. Dia perlu terlihat sebagai seorang yang berani, ada backbone, "bertelur" dan digeruni oleh kawan dan lawan. Jika tidak, apapun tindakan, arahan beliau akan diperlekeh, terutama oleh golongan anti establishment.


No comments:

Post a Comment

A GUILTY CONSCIENCE NEEDS NO ACCUSER